Saturday, October 29, 2011

ANGIN PELEPAS RINDU

peeerrrrrrooooooooottttttttttttt
prooooooooooooottttttttttt
pruuuuuuuuut
preeeeeeeeeetttttttttttt
put

biase kite dengar bunyi ini tanpa tuan
yelah ade ke orang kentut angkat tangan bagitau die yg kentot
paling menyirap SERANG HENDAP
peerrgggghhhh lagi senyap kentut lagi tajam bau
boleh luke hidung sedut lame lame

copy dari fb Awang Trasher

neh ade soal jawab pasal kentut
kalau ade soalan lain boleh pm mane mane admin




Dari mana datangnya gas kentut? 
Gas ini
datangnya dari beberapa punca: udara yang

dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah,
gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan
gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal
dalam perut.

Apakah yang membuatkan kentut busuk? 
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas
hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak
pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih
banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan
oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau
kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan
menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam
jumlah yang besar.

Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur.
Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan
pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi
kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan
(flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu
kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas
dan senyap daripada kentut biasa? 

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari
nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap
sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini
tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang
kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur.
Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles)
yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh
mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari)
dengan cara ini.

Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh
tindakan bakteria. Pembiakan dan proses
penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba
dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang
dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai
kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih
tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal,
panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil
untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau
yang hebat.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan
setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan
kepada lebih kurang empat belas kentut sehari.
Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu
kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut
dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut
kita dihidu oleh orang lain?

Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti
kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya,
berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar
dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh
beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.

Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan
dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di
dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-
tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran
dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak
lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara
pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? 

Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar
lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk
dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh
bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh
bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah
kentut?

Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia
juga kentut sejurus selepas mati.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan? 
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya
dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila
kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin
berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina.
Jika seseorang wanita itu kurang kentut,
maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan
melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak
per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut
perempuan?

Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai
konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki.
Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih
besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan
perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama
bagi keduanya.

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut? 
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya
diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya
menghasilkan resonance (dengungan) yang baik,
satu rumah akan dengar.

Mengapa kekacang membantu seseorang itu
kentut?

Kekacang mengandungi gula yang tidak
boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan
verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan
berpesta makan dan menghasilkan gas yang
banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis,
susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak
mampu untuk menghadamkan susu kerana
intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu
mampu menghasilkan kentut yang banyak.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini.
Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam
punggung, malah pakaian sendiri juga boleh
terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web
Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan
orang yang cuba menyalakan kentut cedera
terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan
merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu,
di hari kematian anda orang ketawa menyatakan
anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut
dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut? 
Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran
NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana
seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan
kentut.

Adalah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-
kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular
Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut
dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu.
Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai
suatu senjata.

Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran
kentut yang paling tinggi?

Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-
anai. Kerana diet pemakanan dan proses
penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih
banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana
sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri.
Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang
kepada pemanasan global.

Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan
semula melalui kentut? 

Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem
penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh
dinding perut atau larut dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau
coklat pada seluar setelah kita kentut?

Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh
dilakukan dengan cara apabila: a) Pengentut
menghidap cirit-birit cool.gif Pengentut cuba mengentut
dengan sekuat hati (awas! - buasir) c) Pengentut
keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya
tekanan daripada gas atau cairan.

Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak
keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang
lebih hebat? 

Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil
lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan
dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain,
kentut kita akan menjadi lebih busuk?

Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada
sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan
semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut
orang lain.

Adakah kentut mampu membunuh?
Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh
membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam
Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US
menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati
disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat
pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized),
jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki,
gas akan mengembang dan memecahkan intestine
mereka.

Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas
kentut? 

Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam
balang/bekas plastik?

Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam
balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan
orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli
keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu
adalah...

Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang
pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak
kehadapan?

Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

Adakah para pemimpin masyarakat juga kentut?
Mereka juga manusia biasa. Ada yang menjadikannya sebagai suatu
hobi. Cuma apabila dituduh mereka akan cepat-
cepat mengunci topik itu. Tak kiralah berapa
banyak post atau berapa besar pun kuasa mereka.
Mereka tetap kentut.

Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut? 
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk
suka kentut memandangkan semua orang kentut.
Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika
ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila
berjumpa dengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan
tercemar?

Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan
akan keluar dalam bentuk buih dan meresap
kedalam udara. 


jujur copy dari blog neh
sorylah tuan punye blog
saje nak isi entry bulan neh


P/S: sial a asal ade highlight neh payah siak nak setting
harap admin yg lain amek tindakan edit balik

No comments: