Thursday, August 4, 2011

KITA ADALAH PELAJAR!

salam sejahtera semua.,
sorrylah sebab aku dah lama tak menulis dan melontarkan idea dlm blog ni..aku busy sikit lah..maklumlah aku ni masih mununtut di unibersiti, so as student aku agak busy lah.., kene study,wat assignment,nak kena jawab test..,,haduhhh..payah2..tapi demi mengejar cita2 aku tetap meneruskan perjuangan aku..biasalah tu bergelar student mesti lah kerjanye belajar.,kite ni student bkn stupid.,hahahaha. okay disebabkan aku student dan rakan-rakan pena aku ni pun student gak.,dan aku tau korang sume pun ramai yg masih bergelar student.,jadi aku nk kongsikan tips-tips pembelajaran yg berkesan untuk student aku aku dan korang sume...

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
  1. Suasana / Tempat Belajar – Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
  2. Memilih Masa Yang Sesuai – Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  3. Setiap hari persekolahan/kuliah, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  4. Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  5. Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
  6. Pembelajaran Di Sekolah/universiti – Pembelajaran di sekolah/universiti merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di dalam kelas/dewan kuliah.
  7. Membaca, Memahami dan Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  8. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  9. Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
    • Mengandungi semua maklumat penting
    • Bersih dan mudah dibaca
    • Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)
    • Ringkas dan padat

      Kesungguhan Belajar
      1. Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah/assignment yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
      2. Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
      3. Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
      4. Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
      5. Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.
      LUPAAN DAN INGATAN
      Apakah sebabnya kita sering lupa ?
      • Kerana Gangguan – Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
      • Tumpuan Perhatian – Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
      • Faktor Masa – Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
      INGATAN
      Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
      • Minat – Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
      • Pilihan – Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
      • Ulangan – Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
      • Assasiasi – Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
      • Tubi Belajar
      Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
      1. Mendengar untuk pertama kali
      2. Memahami
      3. Menggunakannya
      4. Mencipta yang baru
      Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.

      okay! itu sahaja yg aku ingin kongsikan dengan korang semua, aku harap kita semua berjaya mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang kite ceburi.,aminnn.., 
      p/s bulan puasa akhlak aku mulia sikit. HAHAHAHA..

3 comments:

Nurul Nazwa said...

cis lu cakap dgn gua gntok nak tido , ni lu update blog tak gntok pulak kan . harhar bdw , aku iloikeeeee this entry lah badol , keje kau menipu je kann , bukan ke kau tgh free ke ? belom masuk U lg kan

mari sama-sama gila! said...

zakri cakap
weh wa kau tgk labels,,,bukan aku yg buat lah

mari sama-sama gila! said...

lek lu sedari wawa..entry ni hamba yg buat...
abg din ckp