Saturday, July 9, 2011

BACAAN

gua aritu pegi cs nak tunggu membe gua abes tengok transformers gua usha kedai buku mph,,gua sebenarnye tengah cari buku KASINO tulisan SAIFULLIZAN TAHIR keluaran syarikat FIXI ,,,gua da baca review dia dekat tehtarikgelasbesar,,,gua usha usha last dapat sebijik,,,harga lapan belas ringgit,,,280 mukasurat,,ok lah berbaloi dari lu orang beli spek oakley or rayban cokia baek beli buku,,,nih gua nak promote buku nih sebab sumpah best!

sebijik an,,,

gua tak tahu nak review buku ni sebab gua belum habis baca,,jadi gua nak copy paste review dari tehtarikgelasbesar ,,,,kepada owner blog saya dah linkkan blog encik ea,,,terimakasih

Jadi kisahnya si kapitalis kontraktor kelas A - main projek juta-juta yang bernama Dato Narcissus Yusof. Narcissus ni, mengikut cerita mythology Greek, adalah seorang jejaka yang gila suka bangga tengok rupa sendiri. Bangga dan bongkak dengan diri sendiri dan oleh kerana suka sangat tengok muka sendiri di balik air, dia tengok je muka dia sampai mampos. Antara yang ada sikap Narcissus ni ialah member gua sendiri Aril(@arilunited) - handsome, kacak, macho, tampan, bergaya, beriman dan bertakwa.

Bila first time aku dengar cerita Kasino, aku bajet ni mesti cerita Melayu bisnes juta-juta. Aku bila dengar cerita Melayu bisnes juta-juta aku dah lemah lutut. Sering aku muntah jagung setiap kali dengar cerita juta-juta. Maafkan aku, ini kerana cerita Melayu Cerekarama, Samarinda dan sinetron Indonesia sering memualkan aku. Tapi aku cakap dalam diri, "ini Fixi, Nami. Ini Fixi! Rugi oh kalau tak baca!" so aku rasa aku harus baca.

Ya - obviously cerita juta-juta. Tapi ini bukan kisah Dato' baca paper pagi-pagi anak sibuk bercinta dengan balak hensem dan bercerita tentang projek juta-juta di Rwanda. Ini cerita tentang permainan politik di Malaysia. Ini cerita yang benar-benar terjadi bukan angan-angan mat Jenin cerita Cerekarama TV3. Dato Narcissus - bagi aku telah memberi satu impressi tentang arrogance. Terus terang, aku sangat impress dengan arrogant Dato Narcissus. Bold, confidence, and cunning - ini ciri-ciri yang perlu ada dalam businessman Melayu. Aku rasa bila aku baca ni pun sebenarnya Dato Narcissus lagi cool dari Donald Trump. Donald Trump pun emo bila Barack Obama bahan dia pasal surat beranak Obama.

Anyway, cara Dato Narcissus menggambarkan lifestylenya memang betul-betul gua respect. Ini bukan macam kebanyakan cerita Melayu, berbalik cerita LV, Prada, Gucci. Bosan sial. Dengan buku ni, baru kau dengar Alexander McQueen. Terduduk kau bila dengar Alexander McQueen. Baru kau dengar Salvatore Ferragamo. Baru kau dengar Patek Phillipe. Baru kau dengar Hermes dan Birkins. Kedai yang kau nak lalu pun kau tak sanggup. Slack dia tak sebut je TV Bang & Olufsen - kalau tak, gua rasa dia dah memang living in the high end dah. Aku kenal nama-nama ni pun masa aku kerja kat Bangsar Village dulu.

Kisahnya si Narcissus ni tersepit antara dua kuasa politik Malaysia - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di sebuah negeri. Dan hasil pertembungan kuasa ini - bagaimana si Narcissus ni berjaya menguasai antara dua parti ini. Ini kau harus ingat. Semua cukong menjadi tok dalang dan memainkan wayang dalam cerita politik ini. Macam mana si Narcissus ni main wayang kulit antara dua parti ni? Kau bacalah sendiri. Kalau tak main wayang kau takde pulus nak beli tie Hermes woit!

Tajuknya ialah Kasino. Tentang macam mana dia memperjudikan nasibnya untuk terus menjadi juara di kalangan mereka yang menghulurkan kad. Hidup ini adalah perjudian. Dunia ini adalah satu kasino yang besar. Siapa nak cakap dia fuck judi dia boleh pergi mati. Sebab hanya kematian sahaja yang boleh buat hidup kau tak berjudi. Kau nak lintas jalanraya pun kau memperjudikan nyawa kau, kau tahu?

Jadi dalam Kasino ni banyak kali dia sebut pasal Bulletin Place. Bulletin Place ini adalah shiraz dari Australia katanya. Kalau aku beli wain, selalu aku beli kat Sainsbury yang murah-murah je. Tapi setahu aku vineyard untuk anggur paling terbaik untuk red wine ialah Sepanyol di Basque. Tapi Australian memang banyak shiraz - dan Australian ni memang industrial dalam shiraz. Tu belum bukak cerita chardonnay, sauvignon lagi.

Ah - aku merasa lihing pun jadilah! Kalau aku kaya bolehlah beli shiraz! (kamon Nami, Law of Attraction...)

Selain dari shiraz Bulletin Place, aku pun teringin nak makan lamb cutlets kat The Clandenstine, nak jugak belikan awek gua beg Birkins, nak pakai jeans Alexander McQueen, hisap cigar Cohiba No.6 dan juga membelasah orang dengan kepantasan dan keganasan maksimum. Baru cool macam Dato Narcissus.

In the end - ini satu novel yang jujur. Buktinya Dato Narcissus ini seorang yang sekular. Time mabuk, bertonggek, berjudi, buatlah - time solat, solat. Orang yang sekular kebanyakannya aku jumpa jujur. Mereka tidak hipokrit. Mereka reti mengasingkan kehidupan yang duniawi dan ukhrawi. Dia tidak berpura-pura untuk jadi Malaikat atau Nabi serta mengidamkan isteri sebaik Khatijah. Dia henjut je. Dia tak poyo dan berpura-pura. Dia memang jahat tapi dia tak tinggal sembahyang. Dia cool sebab dia jujur. Dia tak berselindung disebalik agama. This is one thing I like about Dato Narcissus although aku ini agak kekirian ideologinya, tapi aku suka buku ini.


p/s,,sapa sapa nak pinjam kontek aku ea kbai 

2 comments:

D.N.A.S said...

Review yg sangat kena dengan hati saya. I totally agree.

mari sama-sama gila! said...

oh thankx but btw ni bukan review saya ye,,beli lah buku ni