Friday, July 22, 2011

KEDAI MAMAK VS KEDAI MELAYUU

assalamualaikum

gua rasa da lama benar blog ni tak update,,sory
gua skang bizi lah dengan preparation nak masuk ke universiti,,
rakan pena laen bizi dengan tugasan dan ada yang sedang berperang dengan pen dan kertas soalan

(cukup untuk intro)

ok amek mood amek mood

harini gua nak cerita perbezaan kedai mamak versus kedai makan melayu
nanti hari laen gua cerita kedai mamak versus fast food joint ea

harini tanak gune gua,,

aku ngan rakan pasir gudang sekalian ada satu port lepak yang memang jadi tempat biasa kami lepak

RESTOREN AHMAD KHAN KOTA MASAI

yang dikenali sebagai rak,,lokasinye strategik sebab entah la,,,apa yang strategik nye pon aku tak tau,,aku yang jauh dari kotamasai pon datang jugak sebab rasa macam strategik,,kadang kadang rakan kami dari skudai takpon pontian akan lepak kat RAK jugak sebab rasa macam strategik sangat,,mungkin atas dasar fengshui,,atau mungkin mindset sendiri

bukan kami sahaja malahan ribuan warga satu melaysia ni suka melepak di mamak berbanding kedai makan melayu,,maka disini aku cuba rungkai apa faktor faktor kedai mamak dipilih masyarakat kini

LOKASI
lokasi kedai mamak yang biasa kita lihat adalah di corner lot,,,sehinggakan ada teka teki yang amat bangang iaitu

kenapa orang mamak tak maen bola
jawapan dia nanti kat corner dia buat kedai mamak,,

jadi kedai makan melayu pulak selalunye kat tengah tengah kedai,,,kadang kadang kedai makan melayu ni sangatlah tak strategik,,ada satu kedai tomyam ni lokasi sangat tak strategik,,ianya bersebelahan dengan kedai menukar tayar lori,,tapi ia tak beroperasi siang,,beroperasi cume lepas maghrib gitu,,tapi korang cube la bayangkan dengan bau getah tayar ,bau minyak hitam,,amatlah tidak menyelerakan,,

jadi apa kelebihan kedai mamak ni bila di buat di corner lot barisan kedai?
pengunjung akan mudah nampak dan mudah cari,,tengok kat hujung lot kedai je,,,lepastu ruang dia besa dan bole memuatkan ramai orang,,,

MAKANAN
makanan kat kedai mamak amatlah universal,,sarapan?makan tengahari?makan malam?supper?yes semua ada,,,kalau kau just dtg nak makan ringan ringan,,tak kira siang pagibute petang malam,,order je roti canai,,simple ringkas dan murah dan cepat,,,kalau nak berat berat pon ada jugak,,nak yang goreng goreng,,atau nak makanan berlauk,,semua ada,,tapi most prefer food kat mamak kan roti canai dorang,,

kalau kedai makan melayu selalunye makanan tok dinner ataupon lunch,,,dinner selalunye kedai tomyam ar,,and kalau lunch pulak kedai asam pedas mak minah power pekat berapi,,,sangat tak universal untuk masa dan wang ringgit,,konfom konfom lah mahal kan,,

TEMPAT LEPAK
yeah kedai mamak amatlah sesuai untuk dijadikan tempat lepak,,kerana apa?kerana ,,,ermm ,,kerana,,,
yaaa kerana kedai mamak ada screen projector dan layar dia,,so kalau ada bola bole tengok dengan sepuas hatinya,,,kedai mamak juga tak lokek melanggan astro pakej sukan,,,dan ada antaranye melanggan pakej movies yang ada hbo star movies semua tu,,,dan kalau tak ada bola,,,mamak mamak ini akan buka wrestling,,korang bayangkan sambil makan roti telur dengan teh tarik sambil tengok triple H sembur sembur air masa entrance dia,,fuh!!Menyelerakan!lagi satu mamak mamak ini tak marah kalau kau datang ramai ramai pastu kau cantumkan meja ikot design dan bentuk sesuka hati kau,,sebab dorang hormat dengan kita ,,hehe..plus kedai mamak 24 jam!

tapi perkara ini tak ada di kebanyakan kedai melayu,,,kedai melayu paling paling pon ada tivi lcd 32 inci,,kecik sangat,,kalau ada astro ponn,,,tak amek pakej sukan,,,selalunye tivi yang ditayangkan,,tivi 3,,takpon astro prima dan ria,,,kalau pemiliknye golongan alim,,bukak oasis,,,sambil makan tomyam ayam super pedas dengan nasi putih,,rasa macam syahduuuuuu sangat,,,bole teringat kampung halaman,,,kedai melayu tak 24 jam!

LAYANAN
yeah layanan ane ane di kedai mamak adalah superb!mereka seperti waiter di hotel lima bintang,,dan juga layanan mereka tak ubah seperti para jururawat hospital swasta,
ok tipu

ane ane di kedai mamak amat patuh dengan tugasnye,,,rajin berwawasan berjati diri teguh!bagus mereka ni,,sebagai contoh,,kau duduk je kat kedai mamak,,aku pasti tak sampai 3 minit akan ada ane yang datang mengambil order,,,ane ane ini juga tidak reti marah,,,sebagai contoh rakan saya abang din ringgo,,suka mengenakan ane ane mamak dengan meminta makanan eksotik seperti sup obor obor,,ikan yu masak tiga rasa,,cengkerik goreng kunyit,,air basuhan kaki,,,dan kelemumur goreng belacan,,ane ane ini dengan sabar melayan karenah pelanggan,,
ada antara ane di restoren habib seri alam bernama rajkumar suka bergurau senda dengan aku dan rakan rakan lain,,suka menyorokkan handphone yang letak di meja,,apabila disuruh nyanyi dia akan nyanyi,,,apabila suruh berbogel di berbogel(tipu),,rasa seperti rakan karib se dari zaman sekolah rendah lagi

tapi tidak pula di kedai makan melayu,,,pernah sekali gua lepak di salah satu restoren makanan thai di johor jaya,,aku duduk menunggu orang mengambil order hampir 15 minit,,,puas memanggil namun tidak datang mengambil order,,disebabkan atas dasar ingin menolong bangsa sendiri,,,hanya mampu bersabar,,bila datang amek order,,muka masam macam tak ikhlas buat keje,,memang takde rasa bole bawak bergurau langsung,,dan bila makanan sampai,,kadang rasa makanan da sejukk,,aneh,,FAILED!

SERVIS DAN PERKHIDMATAN
servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh golongan golongan kedai mamak ini sangatlah memuaskan hati pelanggan,,,sebagai contoh,,wifi,,sebut sahaja kedai mamak mana yang tak ada wifi?sudah pasti tak ramai yang lepak kat situ,,sebagai contoh,,restoren ahmad khan kota masai,,,wifi nye sangatlahhhhh laju!kalau nak download cerita atau video video datang aja lah ke restoren ahmad khan dengan berbekalkan rm1 untuk membeli kopi-o panas,,
dan juga perkhidmatan tandas,,tandas di kedai mamak sekarang ini memang dibina untuk memuaskan hati pelanggan,,dengan ada mozek berwarna yang sangat menghairahkan,,tandas nye pon bersih,,,bersih sampai boleh tidur kat dalam tu,,pulak tu tandas tak dekat dengan dapur,,atau ada penghadang ar,,kira ok ar

tapi kedai makan melayu,,sangatlah jarang ada wifi,,kalau ada pon certain certain kopitiam,,,jadi memang faulll lah orang nak lepak lepak kan ,,,
tandas pulak,,haish,,,aku kalau lepak kedai makan melayu,,aku takkan pegi tandas dia,,sebab tandas dia betol betol menghadap dapur,,and one more thing is aku sangat takut dengan bawang,,so kadang kadang aku ada fobia dengan dapur,,jadi kalau tandas tu amatlah dekat dengan dapur,,memang aku tak berselera langsung nak buat hajat,,,


ok da habes da,,tapi bukan semua benda baek tak ada buruknya,,,jadi aku akan sebot jugaklah keburukan kedai mamak ni
kadang kadang kedai mamak ni harga dia ada yang tak berpatutan
kadang kadang pekerja kedai mamak ni amatlah selekeh,,contoh restoren osman di seri alam,,,aku nak sarapan masa tu dalam pukul 11 tengahari,,ane yang amek order tu macam tak mandi langsung,,dengan muke benyai,,rambut kering nak mampus,,amek order macam nak tak nak,,tapi tu tak mematahkan selera sarapan aku haha
kadang kadang pekerja kedai mamak ni berbau,,yela korang paham paham je la golongan berbulu hebat macam dorang kan,,bila berpeluh amatlah tidak menyenangkan,,jadi aku cadangkan kat kaunter letak deodoren rexone for men untuk pekerja pekerja dia pakai,,ok!
yeah and sometimes ada jugak yang cakap kadang kadang pekerja dia tak jaga kebersihan,,ada yang cakap lepas keluar tandas tak cuci tangan masa kencing tros uli dough buat roti canai
btw macam mana korang tau ane ni tak cuci tangan eh masa dalam tandas,,korang ngintaiiiii ea!

and ada jugak yang cakap ada ane uli dough pakai kaki kat belakang kedai
adakah ia menimbulkan rasa geli>?
pada aku tak,,sebab kalau dia nak pakai kaki biarlah,,lagi senang kan kerja dia,,nak pakai tangan aje lenguhlah ane tu,,pastu kita assume je lah kalau dia guna kaki pon,,dia dah pastikan yang kaki dia tu da dicuci bersih ,,,kuku di potong,,uli pakai kaki tapi kaki tu sarung dengan plastik,,

relaks ye

p/s;ada pekerja di restoren ahmad khan kota masai,,,selalu pakai topi,,umur 21,,bahasa melayu tak fasih sangat,,tapi fasih berbahasa inggeris,,datang malaysia naek kapal terbang,,tinggi hensem,,try lah ushaa haha

1 comment:

Ida Rahman said...

rajkumar mcm kwn skulah rendah ea?? haha. terbaik :)