Monday, July 18, 2011

BODOH AYAM 4

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

sory yaa blog jarang di update akibat kesibukan melepak siang dan malam
jadi kembali lagi kita di segmen bodoh ayam yang ke 4!

nama gua zakri,,,umur gua 8 tahun,,sekolah kebangsaan seri alam 1,,kelas 2 cerdik..gua tinggal dengan mak gua bapak gua kakak gua dan adik gua,,,

gua ni kat rumah ada satu masalah iaitu gua kalau makan memang susah nak abes,,,amek mcm mana pon mesti tak abes,,mak gua nasihat,,kalau makan tak abes nanti nasi tu nanges,,,eh ingat hati gua sentimental ke apa,,gua tak termakan janji tipu mak gua,,,,itu nasihat zaman dia boleh la gua ni anak zaman milennium,,please lah jangan bagi benda yang tak ada scientific nye

mak gua tak putus asa,,mak gua bagi lagi nasihat ,,dia cakap kalau makan nasi tak abes,,nanti nasi tu bangun malam malam lepas tu dia masuk telinga kita,,,eh helloo,,,mak!zakri ni budak darjah 2 cerdik taw,,kelas pertama,,selalu dapat nombor satu,,tolong lah jangan bagi alasan merepek yang takde kaedah saintifik...sori mak ,,mak punye penipuan memang tak jadi,,try again

al kisah,,pada satu malam ni,,mak gua masak sedap sedap,,,tapi da jadi habit gua kan makan tak habes,,gua nak pegi sinki nak buang sisa makanan gua tengok mak gua da nak start bebel,,gua pon dengan tindakan reflek tros cakap

stop there mummy,,i know what u want to say,,those rice that not eaten will cry kan,,i know your lame 80`s tactics,,haha,,

sory english gua memang terok tapi fair lah kan tok budak darjah dua

pastu gua terus dok kat ruang tamu tengok tb,,masa tu takda astro,,gua tengok tivi 2 ada cerita rentak juara,,tengah sedap layan mak gua suruh naek bilik tido sebab da pukul 10,,,mak gua ni memang punctual sikit bab masa,,dia memang nak anak dia dapat cukup tidur tok tumbesaran yang sehat

jadi masa gua nak tido gua guling kiri kanan tak dapat tidur,,gua amek ipod shuffle gua ,,gua tekan play,,masa tu lagu favourite gua,,bee gees,,lu orang tak tau ke,,tak tau sudah

tengah mamai mamai nak tido gua denga ada sayup sayup suara memanggil nama gua ,,

zakriii zakriii

gua tengok pintu tiba tiba macam terbuka sikit ,,gua da start risau dah,,dan tiba tiba pintu terbuka luas dan kelihatan satu makhluk raksasa besar!tinggi nye lebih 6 kaki!,,,gua dengan sifat ingin tahu teros bertanya

zakri ;sapa kau?
XX ;aku lah raksasa nasi yang kau tak habeskan masa makan malam HAR HAR HAR
zakri ;eh aku tak habis sesuap je tadi takkan kau bole evolve sampai besa macam ni
XX ;kau jangan banyak soal lah sekarang ni aku nak makan kau HAR HAR HAR

gua da mula cuak,,,gua nak capai jam power rangers gua harap harap dalam masa terdesak ni mana la tau bole jadi power rangers,,namun pelamin anganku musnah,,oh silap maafkan gua,,anganku musnah,,ternyata tidak menjadi power rangers merah kesukaan ku

rasaksa XX tu pon mengangkat gua nak membaham gua!gua da pejam mata da nak temu ajal,,tapi bila gua buka mata,,eh aku ada kat mulut si raksasa tu,,gua pon marah ar

woi apasal tak makan gua samapai habes,,,saket bodo kau makan separuh je badan aku,,,telan la sampai habes kalau ye pon

lalu rasaksa tu pon menjawab

macam ni la aku rasa bila kau makan aku tak habis,,aku terseksa

dan aku berfikir,,aku bukan nye makan nasi tu aku gigit separuh butir,,aku cume tak habes dalam sesuap gitu je,,bangang bagi alasan mcm bodo raksasa nasi ni

sedang gua digonggong rasaksa tu,,rasaksa itu turun ke bawah tanpa aku ketahui apa sebab nye,,,rasaksa itu menuju ke dapur dan melihat mommy gua sedang bagi makan kucingnye,,,mak gua amek nasi gua yang tak habes bersama beberapa cebisan ikan dan memberi kepada kucing sambil berkata

makanlah tommy(nama kucing),,,habeskan,,,tak elok membazir,,habiskan teros,,janggan tinggal walau sedikit pon,,,

gua tengok rasaksa itu mengalir air matanya,,mungkin terharu dengan perilaku mommyku,,,

dan tiba tiba rasaksa XX itu mengambil mommyku dan membahamnye sambil berkata,,

tak elok membazir,,habiskan teros,,janggan tinggal walau sedikit pon

sial

p/s,,eja yang betul rasaksa ke raksasa?

p/ss ;kepada yang mengharap ke happy ending,,sorry,,gua tak percaya kepada happy ending story or what so ever fu*king bullshit ok,,dalam realiti memang takde happy ending mcm novel cinta,,

1 comment: