Sunday, June 26, 2011

MARTABATKAN MUSIK KITA...

mendayung sampan keringatnya haus
mengharap sinar menelan kabus



Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada
 Oktober 1959,
Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.


Pada tahun 1961,
ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962,
Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.


lagu ini didendangkan oleh beliau ketika berada di Panggung Victoria
bersama kumpulan Def Lepard a.k.a Seriwarna
Zubir Said terkelu pabila lontaran suaranya melantun lantun
membuat hati si pendengar tenang dan gemerlapan
beliau juga pernah menyertai sirkit gig
bersama band Orkes Mawar Puteh
band ska di zaman dahulu kala

Pak Mat telah merakam 100 buah lagu
dalam 15 album yang berbentuk piring hitam
mahupun mp3 yang boleh di muat turun
percaya atau tidak beliau telah mengemudi sebuah konsert
di Istana Budaya pada 23 Mac 2007
dipimpin Orkes Simfoni Kebangsaan yang berjudul
Konsert Bahtera Merdeka


Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) 
membawa gelaran Datuk daripada
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda
Ke-63 - 2006

antara nyanyian beliau yang masih segar dalam ingatan
-Berilah Laluan
-Berpisah Jauh
-Budi Setahun Segunung Intan
-Juwitaku Sayang
-Selamat Tinggal Bungaku
-Umpan Jinak Di Air tenang
-Bahtera Merdeka
-Gelisah

antara wayang gambar yang pernah dia ada
-Aksi Kuching
-Dara Kula
-Si Badul

antara anugerah yang Pak Mat tebus
-Juara Lagu Asli 1959,1960,1962
-Juara Pop 1961
-Artis Sepanjang Zaman Papita 2002
-Biduan Veteran ABPBH 2002

ramai beranggapan musik pop lama ataupun asli
tiada golongan pendengar berstatus remaja IT
walhal ada juga segelintir remaja yang masih
mengekalkal nilai keaslian musik pop era lepasan perang
pernah nada dering saya berlatarkan lagu Pak Mat
dan ketika itu suasana senyap berada di kedai buku
seorang makcik menyangkakan lagu itu berasal dari
telefon bimbit milik manusia separuh abad dan ke atas
kaget makcik itu dan terpancar senyuman mekar
duduk bersopan lututnya longgar


nada dering yang membuatkan makcik itu
moshing
...tipu

2 comments:

mari sama-sama gila! said...

saya sukakan lagu ini terima kasih abang harun
zakri skizo cakap

Lester Martinez said...

The best is as much as your monitor can handle. Going above 60 frames per second has no effect if your monitor operates at 60 hertz. Since many gamers utilize 144 Hz monitors, this frequency is excellent, though anything over 60 Hz will still appear incredibly smooth. You never need an "infinite" frame rate since your monitor doesn't have a "unlimited" refresh rate. Maximum FPS plays very important role in games.