Friday, June 17, 2011

PERUBAHAN DOGMA PENULISAN!!!

Akan berlaku satu perubahan besar terhadap blog ini setelah perbincangan demi perbincangan diadakan selama lebih 2 bulan,,,pelbagai idea,kritikan,dan akhirnya kata putus dapat dicari,,perbincangan tersebut adalah terdiri dari empat lelaki berkepalaa empat untuk setiap seorang dan disertakan aksesori khas dua  biji telor separuh peram juga untuk setiap orang,,pada permulaannya blog gila-gilaremaja ini telah dihasilkan oleh dua org jejaka tampan seantero nusantara iaitu

AMIRUL SYAFIQ ;
lahir tahun monyet sepisis monyet belanda
pemilik kancil biru turbo L1 phisx 300hp powercharge with 256 torque N/m
kelebihan ialah bermain gitar dengan sangat power dan sangat dewa bermain papan luncur dan juga tidak lupa salah seorang antara yang hebat bermain pes2011
kelebihan lagi satu membawa kereta seperti sang shumacher mahupon alonso

FIRDAUS KOSNAN IBNI ALMARHUM AS SULTAN GORGOROTH 
lahir juga di tahun monyet sepisis ungka
penumpang kereta sesiapa sahaja
kelebihan yang paling utama ialah mempunyai ibu yang ,,,,,
kelebihan laen ialah pandai bermain deram tapi taklah sepower lars ataupon the rev mahupon joey jordison tapi setakat drummer skoin spoon string sudu slam dan sebububibot dia ayam ayam kan je
dia juga seorang yang periang dan tak takut kalau afnan dinie bawak macam shitt,,

bersambung kepada yng diatas tadi (sila scroll sampai bunyi dua kali) 
blog ini seperti terbengkalai dek kerana ketandusan dan kegersangan idea yang tidak terjana dari sistem neuron otak mereka yang sejak lahir nya tidak pernah cair dan masih beku eventhough berdiri di terik mentari di negara yang berada di garisan khatulistiwa ini,,,oleh kerana peminat peminat blog ini semakin fed up dan marah dan juga ketagih akan post post baru yang dinanti tak kunjung tiba,,maka 2 orang pemilik blog telah bermesyuarat bersama dua jejaka low profile dan merupakan bloggers juga,,,mari diperkenalkan kepada mereka


AFNAN DINIE IBNI BAHARUDDIN,,A.M.N  P.S.D  M.N.N  A.S.P.B 
lahir pada tahun monyet sepisis kera laut
pemilik kereta kebal jby 7722 berwarna hijau laut
naib pengerusi admin pasir gudang keru
kelebihan ialah membawa kereta secara lebih menggila dari amirul syafiq tadi
kelebihan kedua ialah pakar membuat kekcawan moden 
kelebihan seterusnya kelakar dan kelakar sangat dan sangat kelakar
mempunyai masalah kurang kasih sayang belaian manja dan sentuhan gairah seorang perempuan
byk pengetahuan am

NAZZARUL FIKRI
lahir pada tahun monyet sepisis monyet elit,berada,dan genius 
seorang low profile
pandai bersajak,,berpidato,,dan juga seorang yang berkepimpinan
seorang yang teruk dalam mengingat jalan.
hensem tapi tidak menunjukkan kehenseman
tough tetapi tidak menunjukkan ketoughan
sangat malu sehinggakan suruh refill air pon tidak boleh
menghidap alliumphobia,,tak tau?gugel it,,
dah tu je


jadi 4 org jejaka ini akan menggunakan blog ini sebagai alat mengenteprasi masalah,,,pandangan,,,falsafah,,,ilmu .,minat masing masing dan sebagainya dan juga tidak lupa untuk membincangkan isu isu semasa tak kira dalam atau luar negara,,,
contohnye macam kes penyelewengan menteri pendidikan negara laos
masalah ekonomi syarikat indrapura indonesia sdn bhd dan care mengatasinya

dan berbagai lagi

jadi jika anda rasa post post selepas ini adalah menyakitkan hati anda,,,
marahlah kami hinalah kami cercalah kami
kami akan menerimanya sebaikmungkin dan kami akan 
marah anda hina ada cerca anda balek,,,fair and square
serangkap dua pantun sebagai penghabisan intro ini

buah cempedak dan buah ciku,,
masak sebijik di atas peti,,
kami berempat orang melayu,,,
berhati kental berjiwa besi,,

naik basikal pegi ke sabah,,,
pergi ke sabah menaiki basikal..
apa kejadah naek basikal sampai ke sabah,,
mungkin sudah tiada akal

assalamualaikum 
                                

No comments: